Wednesday, December 23, 2009
4 Stereotaip L.O.V.E
Cinta Kafir
Cinta Kafir ni pulak memang terkutuk habisla..masing x penah nk berubah..minum arak..lupa tuhan..takde pegangan agama..sentiasa gembira didunia..akan dihukum diakhirat..memang kat dunia korang paling bahagia la..tapi ingat DUNIA HANYA SEMENTARA KAWAN!!
Tahap=Semua golongan ada
Sosial=Totally teruk..Seks bebas..apatah lagi peluk2 100% teruk (Dunia Semata2)
Setia=50% setia sebab tiap2 hari nk MAIN jew..mesti bosan..tapi bila nk kahwin nk carik pempuan ada dara je..(perempuan jangan jadi bodoh dan murah ye) perempuan bila2 je akan ditinggalkan oleh lelaki..sebab gaya social yang tinggi so kawan2 lelaki tu mesti banyak perempuan..lelaki pun same kene berhati2 ngan perempuan..Cinta macam ni kene bertaubat la k.
Cinta Fantasi
Kenapa Cinta Fantasi? Sebab dua2 cauple ni memang hidup dalam fantasi..semuanye indah2 belaka..tiada sedikit calar di mata pasangan..”I LOVE U Till I DIE” kononye cinta sejati..Bila dah kene conteng arang kat muka masing2 x reti pulak nk terima kenyataan bahawa korang ni memang TOTALLY IDIOT PERSON..
Tahap=Budak2 sekolah la selalu camni..golongan 19-25 pun ada gak camni tapi x banyak
Sosial=Hmm cinta macam ni stakat pegang tangan..peluk2 tu bende biasa..80% teruk
Setia=Tahap setia masing2 x sampai pun 4 bulan..pastu mulala carik kesalahan masing2..(nk buat alasan nk break)
Cinta Munafik
Pasangan masing2 tipu diri masing2..korang ada masalah cerita kat kawan lain cerita kat pasangan korang lain..pe cer dowh? Bila bab2 nk menipu kawan2 pasangan ni berkomplot skali..pastu diorang ni suka bercerita buruk pasal kawan2 padahal depan kawan pijak semut x mati..
Tahap=budak skolah ngan orang umur 20-26
Sosial=Hmm gedik skit..suke manja2..peluk2..pegang tangan..(Naik geli aku)
Setia=X lama pun sebab korang suka menipu kawan2 last2 korang tertipu jugak..sipandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak : )
Cinta Halal
Cinta halal adalah cinta yang paling susah dan paling banyak cabaran sekali..sebab cinta yang halal adalah dilindungi tuhan..sebab tu cinta yang halal akan bahagia didunia dan diakhirat..
Tahap=majoriti 30 keatas sebab orang umur 25 pun still teruk jugak
Sosial=Tangan pun die tak pegang ini kan bende lain (sebab dia hormat pasangan dia) -100%
Setia=cinta macam ni nk carik kesetiaan memang kene bersabar..sebab ambil masa yang lama..tapi kalo dah dihalalkan(kahwinkan) pehh nikmatnye orang tu je yang tau!
Posted by hIsHam ZuhA at 4:17 AM 0 comments
RnB VS Metal
Selalunye orang akan cakap “Apa barang dengar lagu metal dowh?” hmm aku pun susah nk terangkan la sebab aku pun memang fanatik dengan semua lagu metal..tapi apa yang aku nk terangkan takkan berat sebelah..ok la jom kita tengok mane lagi merosakkan masyarakat Metal atau RnB..
Publisiti?
RnB
Publisiti RnB lagi tinggi dari Metal sebab RnB penyanyi dia suara sedap dan seni banyak dihakimi oleh suara dan rentak lagu.
Metal
Publisiti Metal kurang sebab tak semua orang dengar lagu metal..tidak boleh dihakimi kerana suara dan kelengkapan drum guitar semua diorang boleh main Live berbanding RnB yang hanya tau menyanyi saja.
Mana lagi merosakkan masyarakat?
RnB
RnB member impak paling besar dalam industri muzik kat seluruh dunia..siapa x kenal rihanna? Siapa x kenal Beyonce? Tapi honestly cuba korang tgk fashion masa video clips diorang? Terdedah sana..ketat..kalo bleh nk bogel terusla..sebab semua gaya fashion orang2 muda ngan budak sekolah semua datang dari artis RnB..Majoriti besar nye ye..Muzik yang berlatar belakang kan disko..kekayaan..perempuan..macam2 lagi..xke muzik RnB merosakkan masyarakat muda zaman sekarang? Aku x cakap semua teruk tapi SEBAHAGIAN BESARNYA semua 95% teruk..
Metal
Metal x ramai orang tau..tapi korang penah tengok penyanyi metal atau Rock dressing dedah sana dedah sini? Jarang-jarang kan? penah korang dengar lagu metal cerita pasal perempuan? Jarang2 kan? Metal punya fashion pun pakai jacket kulit ngan seluar kulit..kualiti lagu adalah LIVE sebab diorang semua boleh main instrument..sedar x sedar symphonic metal lagi gempak dari penyanyi RnB..Cuma metal disanggah sebab wujudnya BLACK METAL dan ATHEIS METAL..metal tidak merosakkan orang2 muda kerana fashion shocked diorang..melainkan RnB yang terdedah sana terdedah sini..REALITI!!
*Hikmah nya korang dengar boleh..jangan terpengaruh dan kalau boleh jangan la ikut sangat! Berpakaian cantik seperti Beyonce memang cantik..tapi korang bukan orang barat kan? sedar2 la diri ye : ) ada otak pakai..ada maruah tolong jaga
Posted by hIsHam ZuhA at 4:11 AM 0 comments
Sunday, November 22, 2009
Bungkusan Hatiku di Perak
Lama aku tak update blog. Ini semua sebab ada tragedi baru yang menimpa diri aku sendiri. Tak perlu la aku cerita apa yang jadi. sebab kadang-kadang kehidupan aku hanya bertemankan kesunyian diikuti tangisan hati aku yang memang pedih,sakit,dikhianati. Beban yang aku pikul sangat berat sehingga aku jatuh menyembah kebumi . hasil dorongan kawan-kawan dan keluarga menyebabkan aku terus berpijak dibumi nyata ni.
ku terfikir. Adakah aku dilahirkan didunia yang kadang-kadang ujiannya bersilih ganti samada susah atau senang? Pahit atau manis? Walau seribu kepayahan yang datang. Tiada satu jalan penyelesaian yang aku jumpa. Hati yang kosong menyebabkan tiada kawan yang memahami. Kawan-kawan yang masih muda penghalang aku nk bercerita masalah duka
Kata-kata itu terpacul tatkala, aku naïf agama dan kosong jiwa lantas, aku bertanya pada seorang tua yang selalu duduk di kedai kopi. Ia berhampiran dengan sebuah surau dimana aku musafir di Perak 3 tahun yang lalu.
"Sham...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam-macam ujian. Jangan bersangka buruk kepada tuhan," kata lelaki beruban lewat 50an itu membuatkan aku tertunduk.
"Muhammad, kekasih Allah itu dibaling batu, dilempar najis dan kakinya terpijak duri-duri yang sengaja di letakkan di tepi jalan. Giginya patah dan pipinya berdarah sewaktu perang. Pernah disihir dan usaha untuk membunuhnya tidak pernah surut. Lawannya sentiasa mengejek dan menghinanya.
"Lalu adakah ujian-ujian itu tanda Muhammad itu dibenci dan dipinggirkan Tuhan?" soalnya lagi dan kali ini air mata aku dah mula bergelinangan.
Perbualan itu, terus menikam sanubari bilamana aku dihurung musibah. Kadang-kadang aku merasa penat dan adakalanya hampir putus asa. Sebabnya, tak jemu-jemu ujian dan masalah hinggap dalam kehidupan.
Di surau itu jugakla aku menuntut ilmu Dunia dan Akhirat yang manusia hanya menganggap nya ilmu kain buruk. Kesunyian hati aku mula diisi dengan sedikit ayat Al-Quran. Tatkala aku diajar segala ilmu itu. Aku diingatkan orang tua itu secebis ayat Al-Quran. Surah Al-Baqarah ayat 155
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"
Barulah hati aku mula reda dan tenang. Lalu aku bertanya lagi pada pakcik itu. “Kenapa orang lain bahagia, kaya, berjaya dan hidup aman makmur berbanding saya.?”
"Sebenarnya kamu lihat dengan mata kepala bukan dengan mata hati...lantas apa yang dilihat hanya zahir semata-mata. Kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan mereka dinilai dengan apa yang ada di depan mata kamu, kamu tidak tahu di sebalik semua itu. Hutang keliling pinggang, penipuan, kesakitan, kepayahan dan ujian-ujian yang dihadapi mereka. Dan tidakkah Sham tahu, ujian paling bahaya adalah ujian kesenangan!"
"Jika kita sakit serta susah, kita mengadu dan menyebut Allah tetapi bila sihat dan senang, adakanya kita lupa dan alpa..." katanya membuatkan aku terdiam seketika.
Ya benar, kita sentiasa lupa pada-Nya tetapi Allah tidak pernah lupa dan tinggalkan kita, apatah lagi di kala berlaku kesulitan dan kepayahan.
Selepas aku pulang ke Kuala Lumpur. Aku mula memperlahankan kehidupan lama aku yang bergelumang dengan kemaksiatan dan dosa yang selama ini membuatkan kan aku buta. Aku mula mendekati ilmu agama dan mencari kawan yang mampu mengingatkan siapa diri aku.
Cerita ini benar berlaku di Perak dimana selepas SPM aku merantau mencari identiti diri. Disebabkan kekurangan pengetahuan agama dan pemikiran singkat aku diwaktu muda menyebabkan aku berazam mencarinya sendiri dan menggunakannya sebaik mungkin dimasa hadapan. Insyallah.
.
Posted by hIsHam ZuhA at 11:53 PM 0 comments
Thursday, November 5, 2009
FYI
Banyak membaca blog2 orang lain untuk mendapat info macamana blog digunakan ye. Kalo marah sebab orang cerita pasal kamu. tak payah buat blog ye. buang masa je. baik amik bantal terus TIDO ok? Cara nk buat orang tahu pasal kita ada bnyk cara MELIHAT Kita,MEMBACA Kisah Hidup Kita,MENYENTUH Hal2 Kita.
Kalo still tak faham. faham2 kan jela ye..hihi sebab hanya mentaliti budak2 je yang tidak memahami apa itu blog atau apa itu MATANG.
Hidup Kita Untuk Mengejar Ilmu. Kalau korang kejar ilmu yang tak elok. maksudnye korang umpama katak dibawah tempurung la. So Learn From What You See k : )
Lagi banyak ilmu. lagi banyak idea. Dont waste it!
Sape yang makan cili dia terasa pedas nya. Jgn marah yee hihi..
Niat Hamba Ingin Menunjuk Ajar. Bukan Untuk Menunjuk2
Posted by hIsHam ZuhA at 9:25 AM 0 comments
Atip Surprise Party!
Hari aku agak excited skit sebab harini birthday atip! hahaha..nina nk buat surprise kat die. aku x sabar2 la nk tgk ape surprise die nanti. so seawal kul 7.00am aku dh bangun sebab semalam aku tdo awal kan. so hari ni aku bangun pun awal la. aku bangun2 tgk citer NUMBER ngan CSI :NY kat AXN pastu aku terus mandi. tepat kul 9.00am aku gi taman tasik perdana jogging as usual itu jela aktiviti yang aku ade skang nih.
Time jogging harini adela Nampak beberapa orang awek baya aku kot. tapi hmm jual mahal skit. hahah (sapa nk ngorat ko!) hihi..lepas jogging aku balik umah kul 11.00pm. giler penat kan. harini aku nk kene jumpa Omar sebab Omar nk bagi cincin akatsuki kat aku. so aku kene jumpe die. dimasa yang sama jugak aku dh dibooking oleh taubul kul 2.00pm sebab surprise party atip.
Sampai umah aku mandi. pastu terus tdo jap. tgh sedap mimpi benda merepak akak aku gegar pintu bilik aku. “Wei taubul kat luar!” hmm aku mandi cepat2. then terus naik kereta. dalam kereta tu ade amir ngan atip. pastu nk kene amik Ody lagi. then kitorang terus gerak MD. time dh smpai MD tu kitorang naikla lift. elok2 je lift tu bukak terus tepung dimuka atip! hahaha..nasib la atip! “SURPRISE..!!” diorang jerit. walaupun x ramai tapi diorang enjoy the fun la kan. time tu nina,shaza,lin,ayu,syaf,amirul,pastu adela budak2 yang aku x kenal sgt. so diorang pun datang memeriah kan lagi.
Time lepak MD tu perut pun sudah lapar! nasib baik omar dh datang. terus dia blanja aku taubul,amir ngan atip makan. giler bestkan!! pastu terus je kitorang order makanan mahal2 hahaha (nasib baik haziq xde) kalo x hmm memang kaw2 kene paw la omar kan! lepas makan kitorang lepak la MD smpai la lepas maghrib. tinggal aku ngan taubul je. lepak dalam kereta tunggu amir ngan amirul. so aku pun lepak2. cukup masa aku pun ciaow gak!
Smpai umah aku mandi2 pastu aku tgk movie melayu jap. then aku pun terus tdo jap. kul 10.00pm aku terbangun. perut lapar balik. turun bawah bukak periuk belanga ada Bee Hun Goreng! hmm memang aku x kasi can nye la kan! aku makan2 smbil tgk citer favorite aku Leverage! agak2 nye aku mungkin tdo lambat skit kot. hahaha sebab aku dh baring2 jap dalam kete taubul tadi.
Date:5.11.2009
Posted by hIsHam ZuhA at 9:08 AM 0 comments
Stupid Bitch!
Minggu lepas aku terserempak ngan kawan aku nih. time tu die ngan awek die. Die ajak aku join lepak ngan die skali. so aku pun lepak la jap ngan die. time lepak tu die ngan awek die citer la satu benda yang aku paling x suke dengar.
Sufri : Brape banyak u minum smalam?
Awek : Banyak jugakla tu yang pening skit nih.
Sufri : Tu la i suruh u minum sikit2 u degil. haa…skang dh pening2
Awek : I mane la tau. tgk orang lain minum ok je!
Sufri : Lain kali minum liquor je. xyah minum black label tuh!
Awek. hmm..!
Diorang citer pasal minum arak depan aku. hmm lagi2 plak awek die.xde motif ke diorang nih? aku pun beranikan diri bertanye.
Sham : Sufri ko ajar awek ko minum ek?
Sufri : Manade! die yang nk minum sendiri. I x ajar u minum kan dear? (sambil tanye awek die)
Awek : Yeah. dia x ajar. tapi I yang nk rase sendiri dulu.
Sham : Ohh..brape lame u dah minum? (aku tanye awek die)
Awek : Dua tahun la. mula2 dengan my ex dulu. pastu barula sufri (sambil pegang tangan sufri)
Hmm naik muntah aku tgk diorang..bukan sebab pegang tangan tuh. tapi sebab xkanla kawan aku ni menggalakkan awek die minum skali. haih. apela nk jadi! aku pun xtau nk ckp camne. aku borak2 pastu lepas 10 minit aku terus ciaow. malas la nk layan ngan orang camni.
Posted by hIsHam ZuhA at 9:01 AM 0 comments


