BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 9, 2012

Senyum

Sem akhir belajar ni makin malas pula mahu ke kelas, macam hilang mood belajar walhalnya dah akhir sem dh ni. Huh...apa nak jadi la dengan diri ni, kalau didik diri ni malas, malas la jadinya. Jadi kena strict sikitla. Minggu ni sibuk ke kampung kemas kampung.


Potong rumput sebesar setengah padang bola...agak meletihkan tetapi puas hati, kalau tidak dulu2 arwah ayah yang buat semua kerja tu. Tipula kalau cakap aku tak rindu dengan arwah ayah. sangat rindukan dia, rindu marah dia, rindu tengok dia gelak, rindu tengok dia berkongsi cerita dengan aku. Tapi Allah sayangkan ayah dan ayah milik Allah. Di kuburlah tempat dia berehat dari realiti dunia. 

Selalu juga pegi kubur ayah...Siapa lagi nk kongsi cerita dengan aku kalau bukan dengan ayah, Moga ayah dengar...Jasadnya tiada tetapi rohnya masih wujud...Dulu masa ayah hidup jarang2 borak dengan ayah...bila ayah tiada, adik rajin jenguk ayah...kongsi kisah hidup adik dekat ayah...Maklumlah dirumah hanya ada perempuan je, kurang faham jiwa lelaki ni...

Tapi apa2 pun...hidup perlu diteruskan...banyak benda perlu dipelajari...banyak benda perlu diperbetulkan...

Bau badan ayah masih diingatan adik... :) 

Monday, August 6, 2012

Burung Terbang




Wahai saudara-saudara ku, saya tahu kamu semua sangat kasih dan sayang kepada Muhammad yang mengajarkan kamu mengenai agama mu dan mengajar kamu supaya mengenal Tuhan mu.

Saya juga bukanlah orang yang layak untuk menyampaikan perihal agama kepada kamu semua kerana saya juga pernah melakukan perkara-perkara yang melampaui batas.

Tetapi ingatlah, andai semua dari kalangan kita beranggapan hanya orang yang cukup ilmu sahaja layak berdakwah, nescaya tidak akan ada seorang pun yang boleh dikatakan sudah layak berdakwah kerana setiap daripada kita tidak akan pernah cukup menguasai ilmu-ilmu Allah sampai bila-bila pun.

Jangan hanya menunggu sudah cukup ilmu baharu mahu berdakwah. Jika ilmu sedikit, cukuplah sekadar berdakwah mengajak kawan-kawan kamu mengunjungi majlis-majlis ilmu agama yang tidak bercampur aduk dengan resam keduniaan. Ajaklah saudara-saudara kita ke arah kebaikan, pergilah bersama-sama mereka, ajaklah mereka, jangan tinggalkan mereka di belakang. Jangan pula berguru dengan internet hingga terkeluar mind-set yang bukan-bukan sehingga menyesatkan.

Kalau mahu menunggu cukup ilmu baharu mahu berdakwah, kita sampai bila-bila pun tidak akan pernah cukup ilmu kerana ilmu Allah sangat luas sehingga tidak cukup ditulis andai seluruh lautan dijadikan dakwat sekalipun. Carilah guru di luar sana, hadirlah ke majlis-majlis ilmu. Ambil apa-apapun ilmu didunia ini kemudian kajilah ia sebagaimana garis panduan buat pelajar-pelajar Imam Syafie.

Peringatan ini khas buat diri sendiri. 

Perbuatan itu sebahagian dari peranan yang ditentukan Qada dan Qadar...Jadi setiap kejadian itu punyai hikmah untuk manusia berfikir dan menyingkap rahsia setiap kejadian. Logika mampu dicipta tetapi kebenaran tidak mampu direka. Akhirnya segala logika akan runtuk ke ribaan kebenaran.

Saturday, August 4, 2012

Lakaran Tirai Tahun Ini

Dah lama tak update blog...maklumla sibuk dengan class dan kawan-kawan. Tiada apa yang diborakkan didalam ni melainkan luahan semata-mata. huhhhhh... :)

Secara ringkasnya masa berjalan sangat pantas pendapat aku sebab pejam celik pejam celik dah besar dah semua. Seronok tengok semua orang dah besar dan dah mula berfikir secara matang. Kawan-kawan aku semua sibuk seperti biasa. Maklumla masing2 buat degree kan jadi aku pun perlu/kena faham situasi diorang yang memang sibuk yang amat.

Sekarang ni banyak fokus pada diri sendiri dulu lah...sebab perubahan diri sendiri tu penting...disamping itu aku fokus pada pelajaran kenal diri dan agama. Maklumlah ada orang hebat berbicara mengenai ilmu itu dan ini tetapi tidak pernah berlapang dada untuk bertanya atau bersoal dengan orang lain yang mereka tahu hanya menghukum atas dasar niat kamu betul tapi caranya salah..

Maaflah, saya ini mahu ajak kalian semua berfikir dan saya tidak memaksa kalian untuk menerima. Tetapi malangnya jarang kalian2 semua bertanya pada saya tentang ilmu yang saya kongsikan walhalnya terus hukum tanpa berbicara. Kerana itulah saya lebih suka lapangkan dada saya daripada menghentam dengan mereka yang tidak faham dan tidak mahu bertanya dan berkongsi....Manja sungguh dunia zaman moden ini berbanding zaman2 ulama-ulama dulu yang berkongsi ilmu dengan konsep berlapang dada..Belajarlah orang-orang muda...

Walhalnya orang beriman itu berakal, "Kalau semua berpandukan pada Al-Quran dan Sunnah" sudah tentu betul jalannya...(Haa masih ada kekurangan disitu sebenarnya kajilah sendiri), Jawapan yang selalu digunakan orang untuk cantas perbualan akidah...Laut pun belum diselami sudah sembang isi laut...sangat berani!! Lebih kurang begitulah keadaannya sekarang ini...Mahu pegang yang asas dan hayati yang asas tetapi tidak mahu dalami dan memahami...huh (ape aku merapok ni?) hekhek...

Biarlah...asalkan kome2 sume tak sesat sudah :) Kini aku dahagakan perbualan ilmu2 agama dan masa depan bersama-sama orang gombak dan rakanku yg dahulu. Dahulunya aku pun pernah dihentam teruk kawan-kawan aku jugak...Tapi bila ditanya "Sudah Kaji ka broo?" terdiam seribu bahasa...jawapan spastik adalah "Jangan bincangkan sesuatu yang tidak kita tahu brooo nnti salah siapa yang berdosa?" hahahakz...come on brooo, manusia semua belajar dari kesilapan...atas asbab apa Allah Azza Wa Jalla tahu manusia sentiasa melakukan kesilapan? Supaya manusia belajar dari kesilapan itu...Point dia adalah belajar bukan mencari silap....huuuuhhh (mengeluh panjang)

Oklah nantilah saya update lagi...bincang benda yang pembaca2 tak tahu nanti dicop saya sesat pula...doa2kanlah saya diberi hidayah ya..amin :)