![]() |
| KFC SERI HARTAMAS 3/6/2018 |
Sunday, June 3, 2018
Berpuasa 2017 - 2018
Posted by hIsHam ZuhA at 11:36 PM 0 comments
Mencari Diri Yang Hilang
Posted by hIsHam ZuhA at 3:28 AM 0 comments
Wednesday, January 15, 2014
Pembuka Tirai 2014
Lama tak update blog...Dah berhabuk usang dh aku tgk haha...
Well simple je ulasan dan tulisan yg aku nk tulis...
Firstly project dh berjalan dan hasil pertama dari project ni aku dh dapat. tapi masih x mampu nk bermewah tapi boleh la tampung duit isi rumah selama 5 tahun.
Project kedua adalah project paling aku excited sebab bnyk pulangan dia dan bolehlah bermewah dan mengimpikan barang2 yg orang idam2kan..InsyaAllah ni semua rezeki dari Allah.
Aku ni tak pandai berbelanja sangat, beli barang pun ala kadar jela...Sampai satu tahap boss aku yg akan bising, kata dia aku ni x pandai bergaya, so aku pn blaja la few tips about groom myself out...
Dan 4 bulan aku blaja agama bab akidah dan fardhu yg diajar oleh ust fikri dari kelantan. Aku akan sambung blaja agama pada guru aku yg baru bab usuluddin sampai mati aku blaja, kalau boleh smpai aku pegi jumpa org alim lah..
Hidup ini wajib kenal Allah, kalau tidak mati nanti dalam keadaan sia2 dan masuk ke neraka selama-lamanya.
Start tahun depan lah kot cari bakal isteri kalau ada rezeki. aku plan kahwin umur 27 tapi kalau project mega fasa kedua tu jadi. nampaknya perlu dipercepatkan lah sbb nk bawak bini keje luar skali la kalau boleh. (Syg bini lebih aku ni) hahaha
Apa2 pun sahabat2 lain dh berjaya aku tumpang bangga, InsyaAllah aku akan sama2 naik berjaya ngn korang cuma cara aku ni lain macam skit la...
Posted by hIsHam ZuhA at 8:00 PM 0 comments
Wednesday, October 9, 2013
InsyaAllah Rezeki
Memandangkan pepagi buta ni aku xleh tido..Jadi biar aku update sedikit pasal apa akan jadi pada aku akhir bulan ni.
Aku menerima satu projek mega dan ia melibatkan pulangan yg sangat2 besar...sebenarnya projek ini dah berjalan selama 8 bulan dan ia sudah mencapai ke tahap yg terakhir.
Jadi InsyaAllah keuntungan yg bakal aku dapat antara akhir bulan ini atau awal bulan depan. Perkara pertama aku nk buat dengan hasil projek ni adalah aku nk beli satu superbike Suzuki GSX R1000 2013 yg mmg xdelah lawa macam Ducati Panigale atau Yamaha R1, tapi quality engine dan kelajuan die sangat memuaskan.
Mengikut kata boss aku selaku ketua projek...die tanya "Kau tu elok dh cari bini, duit dh ada boleh boli umah kereta" tapi aku ckp kat boss "Rileks la boss, sapa nk pandang saya ni...org tgk pun cam hampeh...they will never ever trust my story" maklumla aku ni bila ckp ngn org, mimik muka aku ni mmg konfiden habis...n then kadang2 org misunderstood penyampaian aku...
Jadi tunggulah hasil projek ni...Insya Allah aku akan cerita lebih panjang mengenai projek ni lepas dapat hasilnya... :)
Posted by hIsHam ZuhA at 1:15 PM 0 comments
Monday, September 16, 2013
Hai
Assalammualaikum, sapelah yg nak baca blog cabuk aku ni melainkan ia hanya wujud untuk menjadi diari diri aku je. Aku baru perasan yg dah lama aku tak update blog ni since awal tahun 2013, hahaha...Banyak sangat benda berlaku dalam masa yg sangat singkat...Ramai member2 sudah berumah dan bertangga haha atau bahasa sopannya berkahwin lah. Dan ada juga kawan2 aku yang semuanya tengah kerja kuat simpan duit nak kahwin cepat2. Bila aku duduk sorang2 baru aku perasan yang umur aku dah 23 tahun dah...Wow rasa macam baru tahun lepas baru habis sekolah menengah.
Obviosly dalam ramai kawan2, akulah yg paling belakang dan paling malu skali, kawan2 aku sume dah habis diploma, ada yg dh habis degree dah keje dah...ada yg masih degree lagi...tapi aku baru nak habis diploma...hmmm, malu pulak nak lepak dengan diorang yg hebat2 ni...aku pulak segan...memandangkan aku masih lagi praktikal di Majlis Perbandaran Selayang sebagai IT Technician, jadi amanah yg aku galah ni akan aku teruskan sampai habis. Well supervisor aku sangat2 sporting, pekerja2 government situ pun not bad...Tapi boss aku seorang yg hot tempered...tiba2 boleh swing mengamuk...tapi die jarang2 skali marah aku, so aku pun buatlah kepala sendiri.
Haa...yg belah kiri tu adalah best friend aku dari kecik smpailah sekarang, dh kahwin dh die ni, dulu ponteng skolah nyorok bawah longkang sama2, kecik macam penyangak kitorang ni...masuk sekolah menengah die jadi ketua pengawas sekolah aku jadi pembantu pengawas, akibat didikan dari mak ayah kitorang yg suka sebat dan suka mendisiplinkan kami maka jadilah kitorang orang yg berguna pada masyarakat hari ni...Nama bestfriend aku adalah Muhammad Naqiuddin die kahwin dengan Nur Shazwani dan umur diorang pun sama iaitu 23 tahun. Sekarang ni bini die dah pregnant 3 bulan...Tak habis2 tanye aku bila nk kahwin...Haha, aku diploma pun tak habis lagi nak kahwin apenye! hidup pun masih bergantung pada mak tersayang ni kan nak kahwin (maklumlah ayah aku dah meninggal dunia 2 tahun lalum aku xtau la aku penah cerita dlm blog atau tak)
There i am, yg perempuan kiri tu bukan GF aku yek, itu nama die kak siti...kitorang pernah bekerja sama2 di GSC (Golden Screen Cinema) sebagai penjual popcorn...yg kanan tu pun samalah...Well ramai cakap aku dh berisi, tapi sbenarnye baju yg aku pakai tu yg besar...aku malu skit arr nk pakai baju shape2 ni, rasa len macam...haha, biarlah bini aku groom aku kannn haha...Gambar ni selepas majlis akad nikah bff aku bertarikh 13.4.2013...Banyak lagi mmber aku yg dh kahwin tapi nk cerita semua macam penat la pulak kan...haha
Xpe esk aku akan update lagi apa yg telah terjadi sepanjang 2013 ni...Insya Allah...
Posted by hIsHam ZuhA at 6:08 AM 0 comments
Saturday, January 26, 2013
Kejar Beribu Bayang 8
Posted by hIsHam ZuhA at 11:12 AM 0 comments
Sunyi, Senyap, Simpan, Sedih...
Realitinya aku hidup bertopengkan dunia, dunia yang tiada hentinya. Tetapi hakikat diri aku lebih teruk dari realiti diri aku. Secara realitinya nampak manis, sedap dan elok. Tetapi hakikatnya pahit, masin, dan busuk. Aku tahu akulah manusia biasa, yang selalu alpa dan lupa. Bahawa aku khalifah dunia, perlu sabar merentas isi ruang masa.
Tipulah jikalau aku menolak merasa cinta, cinta pada manusia biasa, biasa merasakan nikmat dunia, dunia yang penuh fatamorgana.
Namun hari ini, aku hilang fantasi cinta dunia, dunia mainkan aku di depan mata, mata yang penuh dengan isi cinta, cinta yang memakan hakikat dunia.
Cukuplah ia dikiaskan sahaja, agar mereka tahu aku pun manusia, punyai hati, perasaan dan nafsu juga. Aku mulakan lakonan dunia, penuh dengan bermuka-muka, senyum tapi sakitnya jiwa, kerana tiada siapa yang bertanya. Aku mengaku ini salah aku, namun sesudah dicop penipu, pendusta, putar belit, munafik itu tohmahannya...ya aku layak, layak menerimanya. Kerana tiada sesiapa mampu memahaminya...
Tidak perlu aku kongsikan kisah duka, kerana aku tahu akulah pendusta dunia, Aku yang salah dimata mereka, aku mengaku aku bermuka-muka. kerana itulah ubat dunia, agar mereka terus gembira, hakikatnya mereka terlupa, aku hanyalah manusia biasa.
Cukuplah pembuka tirai 2013 ni, Aku keje+penat+frust+sedih...aku tahu tali aku padaNya dah mula longgar, ini bukan masalah besar yang boleh dilihat secara fizikal, tetapi ia bermain di kepala dan hati tatkala aku keseorangan dan berseorangan...
Posted by hIsHam ZuhA at 10:17 AM 0 comments





