BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 3, 2018

Berpuasa 2017 - 2018

KFC SERI HARTAMAS 3/6/2018
Tahun 2017 dan 2018 tak jauh beza pengalaman dia semenjak arwah ayah aku dah tiada. Suasana rumah pun dah berbeza. Kalau tak arwah ayah la sibuk nak makan ni nak makan tu.

Sekarang masing-masing dah kerja jadi masa untuk berbuka bersama tak selalu. Emak yg semakin berumur pun masih bekerja. Sahabat-sahabat tahun demi tahun berubah, yang dahulu kita pernah rapat dah jarang kita jumpa, jadi kita sendiri keluar bekerja dan mencari sahabat-sahabat yang baru.

Tahun lepas punya puasa aku sempat berbuka dengan sahabat aku Alau, tahun ni aku berbuka dengan Abang Shah. Dua-dua orang ni je banyak aku jumpa sekarang. Dengan Alau dulu aku banyak berbuka dekat kedai mamak jalan ipoh. Dengan Abg shah berbuka dekat kedai nasi briyani gombak batu caves.

Tahun 2017-2018 adalah tahun aku dapat kerja baru iaitu syarikat gergasi iaitu Samsung. Aku bekerja sebagai customer service dia Pandan Indah. Jadi disebabkan working hour swasta ni 9 jam bekerja jadi memang aku balik antara 7:00pm atau 7:30pm. Jadi waktu berbuka memang ngam-ngam atau terlajak atas motor.

Juadah makanan dulu dan sekarang pun tak jauh beza sangat. Kalau zaman arwah ayah kuih banyak, lauk pun at least 4 jenis. Sekarang makan bersederhana taknak membazir.

Jadi semalam aku berbuka dengan makan KFC Hartamas. KFC baru ni lebih crunchy dan lebih banyak cheese. Pape pun esok aku akan tulis lagi. sekian.

Date : 4 / 6 / 2018
Time : 2 : 14 PM
Location : Samsung Pandan Indah

Mencari Diri Yang Hilang

SETELAH SEKIAN LAMA BLOG NI JADI MACAM HABUK KINI DAH TAHUN 2018 BLOG MASIH ADA DAN MASIH UTUH. LAMA AKU MENGHILANG BELAJAR MENGENAL AGAMA YANG AKU ANUTI DAN TUHAN YG BERHAK AKU SEMBAH. BANYAK PENGALAMAN YANG AKU DAPAT BELAJAR DARI KEHILANGAN AKU SELAMA BERTAHUN-TAHUN DALAM DUNIA BLOG NI. 

INSYAALLAH AKAN UPDATE DARI MASA KE SEMASA.

DATE : 3 / 6 / 2018
TIME : 6:30PM
LOCATION : SAMSUNG SERVICE CENTRE PANDAN INDAH