Lalu Hafiz dan Amir meneruskan perjalanan mereka ke bangsar menaiki kereta Amir. Dua hari lagi kawan mereka akan keluar dari Hospital Sakit Mental Tanjung Rambutan. Sementara itu di Cameron Highland terdapat beberapa orang sedang bermain di Taman di luar rumah mereka. Manakala Di ruang balkoni dua orang sedang rancak berborak.
Adida : How’s today? Ok tak? Bestkan dapat rumah kat sini? Jauh dari Kuala Lumpur. Jauh dari masalah.
Nafissa : Tu la. It’s been a great day for me. Thanks dida sebab bawa akak kat sini. Hmm memang best kat sini. Kalau boleh nak aje bela itik kat sini ke kan. Hahaha
Adida : Apa pulak tak boleh. nanti kita bela kura-kura ke kan? Barula rumah ni berseri sikit ada binatang.
Nafissa : Wah. Itu binatang kesukaan tu! Hahahaa.. (Mereka gelak besar.)
Adida : So kak fissa dengan siapa sekarang? Takkan la muka lawa macam nafissa ni tak ada orang suka kot?
Nafissa : hahaha! Mana ada. Sibuk kerja la. Lagipun siapa yang boleh tahan dengan perangai akak ni! Cuba dida cakap?
Adida : Akak jangan ingat takde K..Hisham??
Nafissa : (terkejut lalu pandang tepat ke arah Adida) kenapa dida sebut nama dia?
Adida : Dia aje yang buat akak senyum lebar sampai ke pipi!
Nafissa : “Kat mana la agak nya dia? Rindu Fissa kat Sham ” (bercakap dalam hati beliau)
Jauh dihati Nafissa masih lagi menyintai dan menyayangi Hisham. Lelaki pertama yang beliau cintai di zaman sekolah menengah beliau. Nafissa tidak bercakap walau sepatah selepas adik angkat nya Adida menyebut nama Hisham. Hisham lah yang mengajar beliau makna dan erti kehidupan. Disebabkan Hisham itu juga perangai Nafissa tidak seperti dulu iaitu hilang kepercayaan diri dan seorang yang amat pemalu. Sekarang Nafissa bekerja sebagai seorang Architect dan mewarisi Syarikat bernama SeniReka Sendirian Berhad milik ayah beliau.
Adida pula adalah adik angkat kepada Nafissa diwaktu sekolah menengah dahulu. Adida juga adalah adik angkat kepada Hisham tetapi telah terputus hubungan setelah sekian lama. Adida pula bekerja sebagai seorang Secretary di Syarikat SeniReka. Beliau bekerja bersama Nafissa didalam satu bangunan.


