BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 26, 2013

Kejar Beribu Bayang 8



Matahari sudah pun meninggi. Air embun di hujung daun nampak bersinar-sinar di panahi cahaya matahari. Pagi itu, Hafiz dan Amir bertolak dari sebuah kedai mamak sesudah menjamah nasi lemak dan teh tarik. Mereka dalam perjalanan mengambil sahabat mereka yang sudah lama mereka tidak jumpa. Hafiz menumpang kenderaan Amir iaitu sebuah BMW X6 berwarna hijau, dan dalam perjalanan mereka ke sana mereka rancak berbual mengenai kisah-kisah lalu, itulah rutin kebiasaan mereka mengisi apabila mereka berjumpa.

Amir : Sedap jugak nasi lemak kat kedai mamak tadi, not bad! (Sambil menghembus rokok Dunhill di bibirnya)

Hafiz : Ye ke? Aku rasa sebab kita dah lama tak makan kat situ, Sambal dia two in one kot, boleh buat sambal roti canai sekali. Hahaha!! (Hafiz dan Amir gelak kecil)

Amir : Tu la, Dulu kita ramai-ramai suka lepak kat kedai mamak tu, tempat bersantai and also tempat bergelak sakan. Hmmm, Hafiz ko rasa dia punya perangai macam dulu-dulu tak? Atau mungkin perangai dia jadi orang lain? 

Hafiz : Entahla, bagi aku dia mesti ada perangai lama yang dia simpan. Kalau dia berubah pun apa salahnya. Kita sahabat dia kena fahamla kan. Lama jugak dia hilangkan diri dia, takkan pasal kes fissa? (Sambil menggaru kepala dalam keadaan kebinggungan)

Amir : Bukan la Hafiz, aku rasa dia sedih fikir pasal kehilangan ayah dia kot, Mungkin kita tengok dia ok dari luar, tapi dalam dia kita mane tahu kan. So that mybe the big facts that why he leaves us. (Merenung wajah Hafiz tepat)

Hafiz : Takpelah, cukuplah kita dapat jumpa dia. Nanti kita boleh borak lama-lama kat tempat biasa kita 

Hafiz tersenyum lebar disamping itu Amir menggangukkan kepalanya tanda beliau setuju dengan kata-kata Hafiz, Bagi Amir cukuplah dapat berjumpa dengan sahabat mereka yang telah terpisah lama. Kenderaan BMW X6 dipandu Amir laju meninggalkan bandar besar Kuala Lumpur. 

Taubul : Alamakk…macamana nih? File boleh hilang pulaaak…(sambil menyelak file yang berterabur diatas meja)

Deringan telefon Blackberries milik Taubul telah mengalihkan pencarian beliau, dengan jelingan tajam di telefon itu membuatkan beliau tersenyum, “ATIP”

Taubul : Assalammualaikum Atip!! Apa khabar? Lama tak dengar khabar. (memegang telefon sambil berada diatas meja)

Atip : Waalaikummussalam Taubul!! Khabar baik, Atip ok je, kamu je hilang entah kemana, nak cari pun susah.

Taubul  : Ala biasala saya kirja la(loghat jawa) hehehe, Ada apa hal Atip tiba-tiba call ni? Mesti ada sebab kan?

0 comments: