BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 27, 2010

Brain Shocked P&P

Paranoid dan Phobia baru-baru ni terjadi kat aku. Apabila bermacam jenis soalan yang bermain diminda akhirnya terjawab. Benda yang aku persoalkan akhirnya jawapan nya adalah teramat mudah dan membuat aku terbaring memikirkannya berhari-hari.
Tapi akan aku kupaskan kesemuanya. Ingin aku kongsi bersama-sama kawan-kawan aku.

Malangnya kemungkinan mereka lena diulit mimpi dunia yang tiada akhirnya.
Bagi sesiapa yang tidak boleh menerima artikel yang aku tulis. Ataupun merasakan dirinya pening membaca artikel ini. Hendaklah banyak membaca Al-Quran dan maksudnya atau rujuk pada orang yang lebih berpengalaman.

Date:28.1.2010

Leader Affection

Adalah terbaik untukmu mencari kelemahan dirimu

A
ndaikata kamu tidak faham pada dirimu

A
dalah terbaik untukmu cuba memahaminya


A
ndaikata kamu buat-buat faham

A
dalah terbaik untukmu gariskan istilah kefahaman didalam dirimu


A
ndaikata kamu leka

A
dalah terbaik untukmu untuk menjadi manusia yang selalu peka pada sekeliling kamu

A
ndaikata kamu berbuat baik

A
dalah terbaik untuk kamu sebaik-baiknya simpan sifat baikmu umpama kamu
menyimpan burukmu

Firman Allah
Sesungguhnya petunjuk Allah ialah petunjuk yang sebenarnya.Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan (jahat dan keji) mereka , setelah ilmu diperolehi (datang kepadamu) maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu

Thursday, January 14, 2010

When We Ask Nicely

Aku pegi kolej untuk daftar subjek matapelajaran aku. Aku pun pegila kat kaunter pendaftaran. Aku dah set niat aku untuk bertanya dengan lembah lembut supaya staff tu x tension sebab ramai orang register subjek harini. So aku belum sempat tanye dia terus je marah aku suruh aku keluar dari office sebab aku x sama Kos Subjek ngan budak2 dalam bilik tu. Dalam hati aku ni dah naik ribut nak sound kerani tu balik. Yela aku nak bertanya n Daftar je bukan aku nk bunuh die ke. Nk buat die serabut ke. Hmm aku dengan bengang nye terus keluar dari Kolej n balik segambut ngan hati yang memang dah TAWAR HATI ngan kolej aku nih! Hmm..lepas semalam kene saman hari ni pulak kene marah. Aku pun redha jela. Nk buat camne kan.

So lepas balik dari Kolej aku singgah maple nk sejukkan hati ngan tekak aku nih. aku lepak maple sekejap pastu aku terus balik umah sambung balik baca buku2 yang aku beli dulu. Aku kalau tension x suke sangat lepak ngan kawan2 sebab aku memang suke kalo tension lepak sorang2 jap. Itu je cara terbaik aku nak release tension aku. Harini aku x jumpe sesape pun. Amir,Wancai ataupun Taubul. Aku tau diorang masing2 sibuk ngan kerja masing2. So aku terpaksa keep my life going with wind. Sehari suntuk duduk kat rumah. Macam anak dara pulak. Kalo keluar aku nk buat ape la sangat. So better aku duduk rumah buat bende berfaedah lagi bagus.

Aku still x jumpe kawan2 kolej aku. Mungkin sebab diorang sibuk kot! Hmm..kawan2 perempuan aku pulak Ayu,Farah ngan Akma aku dah berbulan x jumpe. Ade masa nanti aku msg korang ye! Aku bukan sibuk sangat pun. Cume masa je kadang2 x kene nk jumpe korang. Aku harap tahun ni adalah tahun yang paling aku nk ingat. sebab aku tengah perbaiki diri aku. Semakin hari semakin aku jauh ngan tuhan pulak terasa. Itu yang bahaya tu! So aku dalam proses lagi. harap kawan yang kenal aku doakan la aku dapat maintain perubahan aku.

Date:14.1.2010

Wrong if someone Achieve Worldly Pleasure 1

Aku nak tanye korang la. Sampai bila la kita nak kejar kegembiraan dunia yang hanya sementara nih? sampai bila kita nak mencari keseronokan kat dunia ni? Sampai bila? Sampai kita sendiri dah jatuh sakit? Sampai kita lalui kegelapan dunia? Sampai kita ditimpa koma kat hospital? Dunia ni hanya illusi je. X perlu la kita fokuskan lebih2 pada dunia ni. Apa korang dapat? Pangkat? Nak bawak pangkat tu sampai bila? Dapat duit jadi kaya? Sampai bila korang jadi kaya? Dapat GF atau BF lawa? Sampai bila? Cubela tanye diri sendiri sampai bila?

Manusia selalu cakap takut mati. Kenapa? Takut duit banyak habis kene pakai orang lain bila mati? Takut pangkat dirampas orang? Orang yang selalu fikir macam ni memang hati Khawiyah(Hati yang kosong) kalau orang yang berhati Samawiyah(Hati yang bergantung pada tuhan) dia aku lupakan semua perkara didunia dan perbanyakkan ilmu dan amalnya supaya menjadi bekalan di akhirat.

Bukan korang xtau apa haram dan halal. Tapi masih nak buat lagi? nak jadi kafir? Nak jadi munafik(Talam dua muka)? Nak dilaknat tuhan? Nak kene seksa dalam kubur? Di akhirat nanti tiada sesiapa akan selamatkan kita. Hanya bekalan kita je dapat bantu kita. Siapa cakap dunia ni selama-lamanye? Saintis pun tahu dunia ni akan hancur berkecai. Siapa cakap malapetaka akan datang 5-6 puluh tahun lagi? saintis dah cakap dunia ni boleh hancur bila2 je. Kalau ALAM SEMULAJADI nk hukum kita(manusia). Bila2 je dia boleh atas arahan ALLAH S.W.T.

Tapi ALLAH maha adil,maha mengasihani,maha mengetahui. Sebab tu Makkah dia x diangkat naik ke langit. Sebab tu ayat-ayat AL-QURAN x diangkat naik ke langit. Korang bayangkan Makkah itu sendiri merayu dekat ALLAH S.W.T supaya tidak diangkat kerana Makkah telah bercakap “Aku ingin semua umat Nabi Muhammad S.A.W menyempurnakan rukun islam mereka” jadi ALLAH mendengar dan membiarkan Makkah hingga ke akhir zaman(KIAMAT) baru makkah akan diangkat ke langit” itu pun ramai lagi orang2 kaya kat Dunia ni masih x nk pergi Makkah tunaikan kewajiban. Yang diorang nk pergi PARIS,LONDON,THAILAND,BALI. Semua tempat2 tu ada kebaikan ke? Rasulullah2,Nabi2,Khalifah2,Wali2 pernah ke pegi tempat tu? x pernah kan? siapa cakap pernah? Dalam AL-QURAN ada cakap x? xde kan?

Wednesday, January 13, 2010

Think Deeply

This is your test, can you overcome worldly pleasures, to focus on soulful nutrition and inner peace,so you can achieve the eternal heaven? "Dunya", in arabic, means worldly, and it us a negative connotation in islam. "Akhira", means the eternal afterlife. what i mean is "Dunia" is reach out for grasp you can never grasp. You will not able to get it.."It Will Always Evade You!"

Is This What The World Has To Offer? Be my guest and chase it all you want, sooner or later you will see it for what it is



Cerita Wali Allah “Muhammad Bin As-Samak”

Diceritakan Bahawa pada suatu hari Muhammad Bin Abdul Samak berpidato di hadapan orang ramai dengan pidato yang berapi-api sehingga dia sendiri merasa bangga akan pidatonya itu. Apabila pulang kerumahnya dia pun tidur dan mendengar suara orang bersyair:

Wahai orang yang mengajar orang lain

Mulakan dari dirimu, itulah pengajaran

Kamu tuangkan ubat kepada pesakit dan berpenyakit

Sedangkan kamu sendiri perlu ubat dan sakit

Kamu cuba memberi siraman akal kami dengan petunjuk

Sedangkan kamu sendiri kosong daripada petunjuk

Mulakan dari dirimu dan singkirkan aibnya

Jika sudah demikian, engkaulah orang yang bijak

Maka orang akan mengikut apa yang engkau kata

Nasihat dan pengajaran kamu akan berguna

Jangan mencegah sesuatu, sedang kamu berbuatnya

Aib besar jika kamu melarang, tapi mengerjakannya

Muhammad Bin As-Samak sangat terkejut sebaik saja dia terjaga dari tidurnya. Kemudian bersumpah tidak akan berpidato selama satu bulan.