BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 6, 2012

Burung Terbang




Wahai saudara-saudara ku, saya tahu kamu semua sangat kasih dan sayang kepada Muhammad yang mengajarkan kamu mengenai agama mu dan mengajar kamu supaya mengenal Tuhan mu.

Saya juga bukanlah orang yang layak untuk menyampaikan perihal agama kepada kamu semua kerana saya juga pernah melakukan perkara-perkara yang melampaui batas.

Tetapi ingatlah, andai semua dari kalangan kita beranggapan hanya orang yang cukup ilmu sahaja layak berdakwah, nescaya tidak akan ada seorang pun yang boleh dikatakan sudah layak berdakwah kerana setiap daripada kita tidak akan pernah cukup menguasai ilmu-ilmu Allah sampai bila-bila pun.

Jangan hanya menunggu sudah cukup ilmu baharu mahu berdakwah. Jika ilmu sedikit, cukuplah sekadar berdakwah mengajak kawan-kawan kamu mengunjungi majlis-majlis ilmu agama yang tidak bercampur aduk dengan resam keduniaan. Ajaklah saudara-saudara kita ke arah kebaikan, pergilah bersama-sama mereka, ajaklah mereka, jangan tinggalkan mereka di belakang. Jangan pula berguru dengan internet hingga terkeluar mind-set yang bukan-bukan sehingga menyesatkan.

Kalau mahu menunggu cukup ilmu baharu mahu berdakwah, kita sampai bila-bila pun tidak akan pernah cukup ilmu kerana ilmu Allah sangat luas sehingga tidak cukup ditulis andai seluruh lautan dijadikan dakwat sekalipun. Carilah guru di luar sana, hadirlah ke majlis-majlis ilmu. Ambil apa-apapun ilmu didunia ini kemudian kajilah ia sebagaimana garis panduan buat pelajar-pelajar Imam Syafie.

Peringatan ini khas buat diri sendiri. 

Perbuatan itu sebahagian dari peranan yang ditentukan Qada dan Qadar...Jadi setiap kejadian itu punyai hikmah untuk manusia berfikir dan menyingkap rahsia setiap kejadian. Logika mampu dicipta tetapi kebenaran tidak mampu direka. Akhirnya segala logika akan runtuk ke ribaan kebenaran.

0 comments: