BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 26, 2013

Sunyi, Senyap, Simpan, Sedih...






Realitinya aku hidup bertopengkan dunia, dunia yang tiada hentinya. Tetapi hakikat diri aku lebih teruk dari realiti diri aku. Secara realitinya nampak manis, sedap dan elok. Tetapi hakikatnya pahit, masin, dan busuk. Aku tahu akulah manusia biasa, yang selalu alpa dan lupa. Bahawa aku khalifah dunia, perlu sabar merentas isi ruang masa. 

Tipulah jikalau aku menolak merasa cinta, cinta pada manusia biasa, biasa merasakan nikmat dunia, dunia yang penuh fatamorgana. 

Namun hari ini, aku hilang fantasi cinta dunia, dunia mainkan aku di depan mata, mata yang penuh dengan isi cinta, cinta yang memakan hakikat dunia.

Cukuplah ia dikiaskan sahaja, agar mereka tahu aku pun manusia, punyai hati, perasaan dan nafsu juga. Aku mulakan lakonan dunia, penuh dengan bermuka-muka, senyum tapi sakitnya jiwa, kerana tiada siapa yang bertanya. Aku mengaku ini salah aku, namun sesudah dicop penipu, pendusta, putar belit, munafik itu tohmahannya...ya aku layak, layak menerimanya. Kerana tiada sesiapa mampu memahaminya...

Tidak perlu aku kongsikan kisah duka, kerana aku tahu akulah pendusta dunia, Aku yang salah dimata mereka, aku mengaku aku bermuka-muka. kerana itulah ubat dunia, agar mereka terus gembira, hakikatnya mereka terlupa, aku hanyalah manusia biasa.

Cukuplah pembuka tirai 2013 ni, Aku keje+penat+frust+sedih...aku tahu tali aku padaNya dah mula longgar, ini bukan masalah besar yang boleh dilihat secara fizikal, tetapi ia bermain di kepala dan hati tatkala aku keseorangan dan berseorangan...

Tarikh : 27/1/2013
Masa : 2:16am

0 comments: