BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 16, 2013

Hai

Assalammualaikum, sapelah yg nak baca blog cabuk aku ni melainkan ia hanya wujud untuk menjadi diari diri aku je. Aku baru perasan yg dah lama aku tak update blog ni since awal tahun 2013, hahaha...Banyak sangat benda berlaku dalam masa yg sangat singkat...Ramai member2 sudah berumah dan bertangga haha atau bahasa sopannya berkahwin lah. Dan ada juga kawan2 aku yang semuanya tengah kerja kuat simpan duit nak kahwin cepat2. Bila aku duduk sorang2 baru aku perasan yang umur aku dah 23 tahun dah...Wow rasa macam baru tahun lepas baru habis sekolah menengah. 

Obviosly dalam ramai kawan2, akulah yg paling belakang dan paling malu skali, kawan2 aku sume dah habis diploma, ada yg dh habis degree dah keje dah...ada yg masih degree lagi...tapi aku baru nak habis diploma...hmmm, malu pulak nak lepak dengan diorang yg hebat2 ni...aku pulak segan...memandangkan aku masih lagi praktikal di Majlis Perbandaran Selayang sebagai IT Technician, jadi amanah yg aku galah ni akan aku teruskan sampai habis. Well supervisor aku sangat2 sporting, pekerja2 government situ pun not bad...Tapi boss aku seorang yg hot tempered...tiba2 boleh swing mengamuk...tapi die jarang2 skali marah aku, so aku pun buatlah kepala sendiri.


Haa...yg belah kiri tu adalah best friend aku dari kecik smpailah sekarang, dh kahwin dh die ni, dulu ponteng skolah nyorok bawah longkang sama2, kecik macam penyangak kitorang ni...masuk sekolah menengah die jadi ketua pengawas sekolah aku jadi pembantu pengawas, akibat didikan dari mak ayah kitorang yg suka sebat dan suka mendisiplinkan kami maka jadilah kitorang orang yg berguna pada masyarakat hari ni...Nama bestfriend aku adalah Muhammad Naqiuddin die kahwin dengan Nur Shazwani dan umur diorang pun sama iaitu 23 tahun. Sekarang ni bini die dah pregnant 3 bulan...Tak habis2 tanye aku bila nk kahwin...Haha, aku diploma pun tak habis lagi nak kahwin apenye! hidup pun masih bergantung pada mak tersayang ni kan nak kahwin (maklumlah ayah aku dah meninggal dunia 2 tahun lalum aku xtau la aku penah cerita dlm blog atau tak) 


There i am, yg perempuan kiri tu bukan GF aku yek, itu nama die kak siti...kitorang pernah bekerja sama2 di GSC (Golden Screen Cinema) sebagai penjual popcorn...yg kanan tu pun samalah...Well ramai cakap aku dh berisi, tapi sbenarnye baju yg aku pakai tu yg besar...aku malu skit arr nk pakai baju shape2 ni, rasa len macam...haha, biarlah bini aku groom aku kannn haha...Gambar ni selepas majlis akad nikah bff aku bertarikh 13.4.2013...Banyak lagi mmber aku yg dh kahwin tapi nk cerita semua macam penat la pulak kan...haha

Xpe esk aku akan update lagi apa yg telah terjadi sepanjang 2013 ni...Insya Allah...

Masa : 9:06PM (Waktu Malaysia)
Tarikh : 16.9.2013


0 comments: