Diceritakan Bahawa pada suatu hari Muhammad Bin Abdul Samak berpidato di hadapan orang ramai dengan pidato yang berapi-api sehingga dia sendiri merasa bangga akan pidatonya itu. Apabila pulang kerumahnya dia pun tidur dan mendengar suara orang bersyair:
Wahai orang yang mengajar orang lain
Mulakan dari dirimu, itulah pengajaran
Kamu tuangkan ubat kepada pesakit dan berpenyakit
Sedangkan kamu sendiri perlu ubat dan sakit
Kamu cuba memberi siraman akal kami dengan petunjuk
Sedangkan kamu sendiri kosong daripada petunjuk
Mulakan dari dirimu dan singkirkan aibnya
Jika sudah demikian, engkaulah orang yang bijak
Maka orang akan mengikut apa yang engkau kata
Nasihat dan pengajaran kamu akan berguna
Jangan mencegah sesuatu, sedang kamu berbuatnya
Aib besar jika kamu melarang, tapi mengerjakannya
Muhammad Bin As-Samak sangat terkejut sebaik saja dia terjaga dari tidurnya. Kemudian bersumpah tidak akan berpidato selama satu bulan.



0 comments:
Post a Comment