BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 10, 2010

Previous 2009

Banyak sangat perkara terjadi tahun 2009. Aku rasa xdela best sangat tahun lepas Cuma detik aku ngan kawan2 aku je yang buat aku rasa gembira ngan still Alhamdulillah setia ngan korang. Harap hubungan kawan kita hanya tuhan saja yang putuskan. Kebanyakan hari2 bulan2 dan jam2 yang aku lalui sepanjang 2009 adalah teramat bermakna. Aku post kan blog entri ni sebab aku rasa aku dh patut mula meluahkan balik apa yang patut. Alhamdulillah matlamat aku sepanjang 2009 sampai pada segelintir kawan2 aku. Iaitu aku inginkan perubahan. X dapat 100% sekurang2 nya 1% pun sudah cukup untuk kita cakap orang tu dah berubah.

Kesal jugakla aku bila ade lagi kawan aku yang masih mencari bayang dia sendiri. Aku berdoa je la dia jumpa siapa diri dia balik. Sebab dia pun kawan baik aku jugak. Aku berharap tuhan percepatkan la doa aku supaya dibetulkan jalan dia balik. Aku dah x larat nak jadi munafik depan kau mahupun belakang kau. Berdiam adalah langkah yang aku ambil untuk memerhatikan kau itu jela aku mampu. Kau mampu berubah aku tahu tapi mungkin kerana hati kau tu aku rasa takutkan perubahan. Lagi2 kawan2 kenal kau dengan perwatakan kau. Janganlah kejar kebahagian dunia ni kawanku. Pangkat kepandaian kalau disalahgunakan kat dunia padah akibatnya di akhirat.

Tahun 2009 jugak aku banyak berjumpa kawan2 lama yang terpisah. Peristiwa yang x terjangka ngan macam2 hal yang datang. Tapi aku tau masalah kat dunia ni baru je sikit. So aku relaks jela. Family aku plak stabil. Masing2 sibuk bekerja skang nih. Tinggal aku ngan akak sulung aku blajar. Hmm blajar ni smpai ke mati x kan berhenti bak kat mak aku. Tapi tu lah kalo aku rasa x larat aku nk berhenti blajar sekejap. Dalam tulisan blog lama aku banyak tulis macam mana prangai aku dulu.

Aku skang mungkin dalam proses memperbaiki diri aku lagi. kalau sesiapa x boleh terima aku x kisah kalo orang tu berundur diri. Sebab x guna aku berkawan dengan orang yang x boleh terima perubahan kawan dia sendiri. Jadi aku harap kawan2 aku supaya sentiasa ingat bahawa segala musibah ada sebabnya. Dan jangan la lupa bahawa Tuhan juga sentiasa bersama kita semua.

10.1.2010

0 comments: